Assalamualaikum


Tahniah Kepada Da Trio



Salam to all movie maniac...
Sapa dh g tengok Hikayat Merong Mahawangsa(HMM)????


Apa mcm best x???
Aku belum lg gi tengok hak3....
Coz aku mrajuk ngan Yusry KRU sbb dia kata filem nie dia buat bukan utk cater selera org Malaysia...
Adusss trasa giler aku sbgai rakyat Malaysia...
Xpi xpa benda kecik je bagi org dh brjaya cam dia tu, duit dh brlambak so xpyah nk pikir sgt pun kalau 1-2 individu cam aku nie xpi tngok pun cite dia tu...

Aku dh malas nk kasi review psal cite nie dari awal lagi, sbb tu yg aku xpost pun psal Hikayat Merong Mahawangsa nie kat blog aku sblum gmbaq nie kuar...
But dsebabkn mmber aku rmai yg dh g tengok cite nie n duk mai layurk (Loghat Penang untuk Tayang/Menunjuk a.k.a Eksyen :D ) kat aku....
Depa kata cite nie mmg best giler...
Penuh wayang kot ikut info dri salah seorang mmber aku Mr.HILMI...
Dia kata msa malam hari 1st cite nie kuar Khamis lepas da 5 show kot utk Merong Mahawangsa, semua show penuh....





Dia dpt tengok pun kena duduk sitting yg depan... Bis sakit leher hak3...
Jadi krn gmbaq nie dpt sambutan yg kaw2 , so aku amik le masa n inisiatif skit nk hebahkn suh ampa g tngok, wlaupun aku dh xda niat nk g tengok...
Aku hebah kn je k, xda review2 kali nie coz aku xtengok g cite nie....
Paling kurang pun aku torrent je nanti :)...

Aku mmg dh bajet cite nie mmg best sbb dri awal aku tngok da making dia dh taw mmg cite nie epic stail ala2 Lord Of The Ring pe tu...
Tambah plak set2 yg dia buat tu mmg xpyah kata le, besaq giler set dia...
Pastu lak costume2 dia mmg perghh stail giler, Yusry siap kata costume utk Maharaja n Puak2 dari China tu mmg depa g trus amik kat Negara China...
Memang brhabis duit le depa tuk filem nie...
Kalau nk wat filem xda brjuta2 xpyah angan2 le nk wat cite cam KRU Studios nie...
Bajet utk filem nie je kalau xsilap aku RM13.6 Juta... Dengaq pun peningkn...
Filem nie dh dnobatkn sbgai filem yg bajet paling tinggi kat Malaysia k...
Serius set utk filem nie mmg cantik2, tmbah plak set prkampungan kat tepi laut tu...
Gile comei kot...



Wlaupun cite nie bnyak guna CGI mmber aku kata serius CGI dia perfect & boleh dtrima akal...
So kalau bhasa mudah nya xda efek ala2 kartun cam stengah filem Malaysia len yg blagak nk pkai CGI...
Bab fighting xpayah kata le, mmg trbaik depa kata, so nanti aku nk dgaq review plak dri ampa tentang babak fighting filem nie...
Sama ada btoi le cam kawan aku ckap atau pin biasa2 je...





Utk djadikan cerita wlaupun aku sdikit trsa ngan ayat mendalam yg dikuar kn oleh Yusry tu, aku rsa aku kena gak sokong cite depa nie...
Coz bnyak responden2 aku kata cite nie patut dhebahkn pda semua org...
Depa kata lagu2 pun sedap n utk tu credit le kepada Edry Kru coz dia le Pengarah Muzikal utk HMM nie...
Jadi bg yg belum tengok gi cite nie mai aku nk bagi taw skit pasal salahsila asal cite tu dari mula ye ...

Filem Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem epic berlatarbelakangkan kurun ke-2.
Mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan bernama bernama Merong Mahawangsa. Kononnya Merong Mahawangsa berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom, yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Hadrian dan Negara China, di bawah pemerintahan Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah meluaskan empayar jajahan sehingga ke Asia Tengah.
Kedua-dua empayar ini ingin membina hubungan yang lebih rapat dengan mengahwinkan Putera Rom dan Puteri Dinasti Han.

 

Kedua-dua empayar ini bersetuju untuk bertemu di Semenanjung Emas (Langkasuka).
Tujuan cuma satu, melangsungkan perkahwinan Putera Rom dan Puteri Dinasti Han.
Sewaktu angkatan Rom dalam perjalanan ke Semenanjung Emas, mereka terpaksa singgah di Goa, kerana kapal mengalami kerosakan akibat ribut.
Di Goa, mereka mencari kapal yang boleh disewa untuk pergi ke semenanjung emas.
Walaubagaimanapun, mereka mengalami kesukaran untuk menyewa kapal kerana tidak mempunyai wang emas (Wang emas terpaksa dibuang ke laut sewaktu ribut melanda).
Secara tidak sengaja, mereka telah bertemu dengan Merong Mahawangsa yang sedang bertarung dengan lelaki bangsawan kerana ingin melarikan anak gadis golongan bangsawan di Goa. 



Mereka telah memujuk Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom Ke Semenanjung Emas. Merong Mahawangsa bersetuju untuk mengiringi Putera Rom ke Semenanjung Emas.
Akhirnya, kedua-dua pihak berjaya bertemu di Semenanjung Emas (Langkasuka). Walaubagaimanapun, Puteri Dinasti Han merancang  untuk melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin.
Sewaktu melarikan diri bersama dengan dayang pengiring, secara tidak sengaja dia telah bertembung dengan Putera Rom didalam hutan. Adakah Puteri Dinasti Han jatuh cinta?
Tanpa disedari oleh kedua-dua pihak, puak lanun Geruda merancang untuk menculik Puteri Dinasti Han.
Puak lanun telah menyerang pelabuhan tempat kedua-dua pihak berlabuh. Puak lanun Geruda telah berjaya menculik Puteri Dinasti Han.
So utk cite lanjut ampa g le layan kat pawagam yg brdekatan k...

N sebelum aku trlupa cite nie jgak dipasarkn utk pasaran Luar Negara...
Ikut statement dri setengah pihak depa kata ada 77 negara asing dpt tengok filem nie ikut pengedar masing2...
But info yg aku taw hanya 22 negara Timur Tengah then UK, France, Russia ngan German kot kalau xsilap aku dpt saksikn filem epic ni...
Tajuk dia plak ditukar kepada The Malay Chronicles:Bloodlines



So ampa p le bg support kat KRU STUDIOS k...
Aku mmg respect usah depa 3 bradik nie...
Mmg trbaik...


So aku "Thumb Up" kpd KRU Studios...





Nie trailer file Hikayat Merong Mahawangsa...
Layanzzzz...





0 Comments to "Tahniah Kepada Da Trio"

Post a Comment

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

KiCkWiThMe.Blo9SpoT.CoM

Recent Posts

Hye Chatters

Blog Ini Perlu Lebih Artikel Berkaitan???

Followers

KickWithMe Statistic

Anda Ke Tu???

Realtime Hit Counter

Web hosting for webmasters