Assalamualaikum
Assalamualaikum sahabat semua...
Alhamdulillah kita dpt brsama sekali lagi, so spt yg kita semua maklum pada tanggal 12 Rabiulawal 1432Hijrah bersamaan dengan 15 Februari 2011 kita akan menyambut satu lagi peristiwa yang penting dalam kalendar Islam iaitu sambutan bagi memperingati hari keputeraan kekasih Allah S.W.T iaitu Nabi Muhammad S.A.W... So aku amik ruangan kali nie nak cita skit je tentang Nabi Muhammad S.A.W sbb klau nk cita pnjang lebar pun ampa mesti dh tahu n penah dengar kan riwayat hidup Nabi Allah yang amat mulia nie masa duk blajar dulu toi x???
Ok so brbalik pada hal tadi, Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan pada hari yang ke-12 dalam bulan Rabiulawal pada tahun Gajah(Hadith Riwayat Muslim 8/25) di Kota Mekah. Seperti yg kita semua belajar masa sekolah rendah lagi kita dah tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W merupakan Nabi yang terakhir diutuskn oleh Allah S.W.T sebagai pembimbing kpd kita nie semua, sebab tu kita digelar sbgai Umat Muhammad. So sepanjang perjalanan untuk menegakkan agama Islam pada zaman dulu Baginda Rasulullah banyak menerima dugaan & tentangan dari pelbagai puak2 & termasuklah juga dari kalangan ahli keluarganya sendiri kerana masyarakat pada zaman itu masih jahil...
Ada yang mencaci maki Rasulullah & ada juga yang bertindak kejam dengan cuba mencederakan Baginda. Walaupun begitu Nabi Muhammad S.A.W terus teguh dalam usaha nya megembangkan syariat Islam dengan bantuan dari Sahabat-Sahabatnya. Tidak kira berapa banyak tentangan yg mereka terima, mereka masih meneruskan usaha untuk menyampaikn agama Islam keseluruh pelusuk dunia...
Hasil dari usaha itu kita dapat pada lihat hari ini bahawa agama Islam telah tersebar luas dan boleh diterima pakai oleh semua bangsa kerana agama Islam itu sangat indah. Tetapi seperti yang kita semua wajib percayai setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya, begitu jugalah yg berlaku kepada Nabi Allah Nabi Muhammad S.A.W... Baginda telah menghembus nafas terakhirnya pada 12 Rabiulawal 11Hijrah(Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah) pada ketika umur Baginda 63 tahun...
Sesungguhnya Baginda Rasulullah merupakan individu yang amat mengambil berat & menyangi umat2 nya... Jadi kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W, apa yang kita perlu kita lakukan sbgai tanda untuk membalas & menunjukkan kasih sayang kita kepada nya... Mungkin bnyak majlis-majlis sambutan akan diadakan untuk memperingati Rasulullah pada tanggal 15 Februari 2011 ini tetapi adakah kita benar2 menghayati pengorbanan Baginda Rasulullah dan Sahabat2nya... Jadi marilah kita bersama-sama berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dengan hati yang ikhlas dan terbuka dengan niat bagi memperoleh syafaat & pertolongannya diakhirat kelak...
Wasalam...
Sunday, February 13, 2011
//
Labels:
Islamic
//
0
Comments
//
0 Comments to "Dia KekasihMu..."
Powered by Blogger.
KiCkWiThMe.Blo9SpoT.CoM
About Me
Recent Posts
Hye Chatters
Blog Ini Perlu Lebih Artikel Berkaitan???
Blog Archive
-
▼
2011
(41)
-
▼
February
(13)
- Bakal Mendapat Saudara Baru
- Bowling Itu Meletihkan...
- Himpunan Rindu Buat Kekasih
- Menyambut Bersama Kekasih
- R You Brave Enough???
- Salam Maulidur Rasul 1432Hijrah...
- Gulai ikan juga ku cari :)
- Dia KekasihMu...
- Friends Are Quiet Angels... Are they???
- Saya Bangga Menjadi Aktivis Sungai Pinang :D
- Saya suka makan... Kamu???
- Back to old days fellas...
- Hello, im new here ;)
-
▼
February
(13)
Labels
Followers
KickWithMe Statistic
Anda Ke Tu???
Realtime Hit Counter
![Web hosting for webmasters](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm4-SG1dO9f3ZZa_VMD8Lat8WXh9w5xdoaY1DN9TOdVYANU-srliBmN9KxHEAqCOOlajblNdN_Mc0f3-3L0MC3N8DAO2iOl2mOV8r6go01q35X9Hg-x2efxW6X6BvOTSvGoet-cso3rQI/s1600/site5_sidebar.jpg)
Post a Comment